Personal Blog

Sunday, October 5, 2008

Zaman Sekolah Menengah

sekolah menengah? ..bukanlah sesuatu yang asing lagi buat diriku, 6 tahun menuntut di sekolah rendah telah cukup mengajarku erti belajar dan menjadi pelajar yang sebenar . ianya bukan lagi kawasan permainan tempat aku berhibur atau bermain sesama rakanku sepertimana yang pernah aku anggap dulu, tetapi ianya adalah tempat yang mulia untuk menjadi insan yang bertaqwa, berakal dan berilmu..mendengar apa yang dikatakan oleh guru, membuat nota, memahami pelajaran serta bertanya bila tak tahu sudah menjadi sebati dalam hidupku..aku tidak lagi takut untuk bersuara,menyuarakan pendapat, memberikan komen sebagaimana dulu, sebaliknya pada masa itu aku benar-benar bersemangat untuk menuntut ilmu, dan impianku cuma satu, aku juga ingin menjadi seorang guru untuk mendidik anak bangsaku agar mereka terus maju dan tidak layu berdepan dengan kepincangan akhlak yang semakin haru-biru.. Bagiku perkataan " belajar " itu telah selari dengan naluri hidupku dan aku berasa puas dengan menyelami pelbagai susunan ilmu. setelah tamat UPSR dan aku mendapat "result" yang agak baik aku seterusnya melanjutkan pelajaran ke tingkatan 1 hinggalah ke tingkatan 5 di SMK Agama Tun Sakaran, Semporna Sabah yang terletak agak jauh dari daerah Tawau iaitu lebih kurang dalam 150km. walaubagaimanapun setelah keluar keputusan SPM nasib tidak berapa menyebelahiku kerana aku tidak mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke matrikulasi sekalipun aku masih dapat pangkat 1. alangkah kecewanya apabila tahu permohonan tidak diterima dan dukacita. namun ku cuba gagahkan diri, kuatkan semangat untuk terus berjaya. Maka atas dorongan cikgu, sokongan keluarga dan nasihat rakan-rakan aku pun terus melanjutkan pelajaran ke tingkatan 6 dalam bidang pengajian agama di sekolah yang sama..alhamdulillah aku bersyukur kepada ke hadrat ilahi akhirnya semuanya berjalan dengan baik sebagaimana yang aku inginkan..

0 comments: