Personal Blog

Sunday, October 5, 2008

My Frame 2009

Menara Gading...2005/2006

16 tahun telah pun berlalu..dan aku berasa puas kerna penat lelahku berhempas pulas selama ini telah berbaloi dan telah terbalas dengan kejayaan yang ku genggam kini, walaupun belum pasti cerita penghujungnya...
Namun kini aku tetap berasa lega dan bangga kerana dapat berpijak di menara gading pada 03 Julai 2005 bersama rakan-rakanku yang lain ..UKM ataupun Universiti Kebansaan Malaysia di situlah aku ditawarkan, iaitu salah sebuah IPTA yang amat gah di Malaysia , yang telah mengijazahkan ramai cendiakawan dan melahirkan seorang angkasawan islam yang pertama di dunia, Dr.muzaffar Syah la namanya. Apabila ku renungkan kembali saat-saat itu kadang-kadang ku rasakan macam tak percaya sekalipun impian ini telah menjadi nyata..kerna aku yang dulunya seorang pelajar biasa namun hari ini aku telah bergelar mahasiswa..segalanya telah berubah dan akan berubah..aku kini memikul tanggungjawab yang lebih besar untuk bangsa dan negara. apatah lagi jurusan yang aku ambil berkaitan mendidik anak bangsa..
4 tahun belajar dalam bidang (sarjana muda pendidikan dengan kepujian pendidikan al-quran)... ku rasakan tidak sabar lagi berdepan dengan pelajar-pelajarku di sekolah, ingin saja aku curahkan segala ilmu yang terbuku di dada..agar mereka tahu mengeja, menulis jawi dan membaca alif ..ba..ta..

Remaja Ke alam Dewasa

zaman remaja merupakan memori yang cukup indah untuk ku gambarkan, tetapi dalam keghairahan menikmati alam remaja, terlalu banyak dugaan, onak dan duri yang perlu ku tempuhi sebagai seorang insan..dan ianya bukanlah semudah yang aku harapkan sepertimana di zaman kanak-kanak yang serba indah belaka , tetapi disitulah aku mengajar diri untuk lebih cekal,tabah sabar dan berhati-hati dalam setiap gerak-geri apatah lagi tatkala keimanan ku rasa teruji..Walaupun adakalanya nafsu cuba menguasai diri, namun pada-Nya sajalah aku berserah semoga Allah s.w.t sentiasa melindungi..

Zaman Sekolah Menengah

sekolah menengah? ..bukanlah sesuatu yang asing lagi buat diriku, 6 tahun menuntut di sekolah rendah telah cukup mengajarku erti belajar dan menjadi pelajar yang sebenar . ianya bukan lagi kawasan permainan tempat aku berhibur atau bermain sesama rakanku sepertimana yang pernah aku anggap dulu, tetapi ianya adalah tempat yang mulia untuk menjadi insan yang bertaqwa, berakal dan berilmu..mendengar apa yang dikatakan oleh guru, membuat nota, memahami pelajaran serta bertanya bila tak tahu sudah menjadi sebati dalam hidupku..aku tidak lagi takut untuk bersuara,menyuarakan pendapat, memberikan komen sebagaimana dulu, sebaliknya pada masa itu aku benar-benar bersemangat untuk menuntut ilmu, dan impianku cuma satu, aku juga ingin menjadi seorang guru untuk mendidik anak bangsaku agar mereka terus maju dan tidak layu berdepan dengan kepincangan akhlak yang semakin haru-biru.. Bagiku perkataan " belajar " itu telah selari dengan naluri hidupku dan aku berasa puas dengan menyelami pelbagai susunan ilmu. setelah tamat UPSR dan aku mendapat "result" yang agak baik aku seterusnya melanjutkan pelajaran ke tingkatan 1 hinggalah ke tingkatan 5 di SMK Agama Tun Sakaran, Semporna Sabah yang terletak agak jauh dari daerah Tawau iaitu lebih kurang dalam 150km. walaubagaimanapun setelah keluar keputusan SPM nasib tidak berapa menyebelahiku kerana aku tidak mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke matrikulasi sekalipun aku masih dapat pangkat 1. alangkah kecewanya apabila tahu permohonan tidak diterima dan dukacita. namun ku cuba gagahkan diri, kuatkan semangat untuk terus berjaya. Maka atas dorongan cikgu, sokongan keluarga dan nasihat rakan-rakan aku pun terus melanjutkan pelajaran ke tingkatan 6 dalam bidang pengajian agama di sekolah yang sama..alhamdulillah aku bersyukur kepada ke hadrat ilahi akhirnya semuanya berjalan dengan baik sebagaimana yang aku inginkan..

Zaman Sekolah Rendah

sekolah? ..zaman sekolah merupakan zaman yang cukup bernilai buatku, terlalu banyak pengalaman yang cukup indah telah aku lalui bersama rakan-rakan sepermainanku.. aku tidak pernah lupa kalimah" cikgu..rakan-rakan.. sekolah.. kelas..perhimpunan..kantin".. kerana ianya sesuatu yang sentiasa bermain di benakku, apatah lagi andai ada rakan-rakan yang datang menyapa dan cuba mengajakku bercerita tentangnya..namun terasa puas apabila sesekali mengenangkannya..hmmmm sekolah rendah? aku bersekolah di SK Batu Payung, Tawau, Sabah .bukanlah suatu nama yang cukup gah di daerah tersebut. dan aku juga bukanlah dari golongan bijak pandai sebagaimana sahabat-sahabatku yang lain yang berada sekolah itu, tetapi aku cuma pelajar biasa yang menumpang di sekolah tersebut untuk belajar mengeja, mengira, membaca alif+ba+ta..namun walau aku tidak sehebat mana,tetapi aku masih dikenali oleh guru-guru disekolah tersebut, ini mungkin disebabkan sikapku yang agak "low profile" dan "ringan tulang" masa itu (bukan nak "angkat bakul" cuma nak bagitau..). Pukul 3.30 selepas balik dari sekolah , makan dan minum serta beristirehat seketika , aku terpaksalah pula melangkah kaki bergegas ke surau untuk belajar mengaji al-quran..mengenal tajwid, menulis jawi dan belajar agama daripada seorang guru agama yang mengajar di kampung tu..sesudah letih seharian menuntut ilmu , aku dan rakan-rakan akan turun ke padang untuk bermain bola bersama-sama..begitulah rutin kehidupanku seharian semasa darjah 1 hingga 6...

" Budak Baru Belajar "

Memori dalam ingatan terlalu banyak yang boleh dikenangkan, namun tidak mampu untuk ku coretkan segalanya disini..zaman kanak-kanak terlalu indah dan manis buatku sehinggakan aku terkadang lupa bahawa suatu hari usiaku jua akan lanjut tua serupa macam atuk di kampung, masa tu aku hanya seorang kanak-kanak yang masih lemah, kekadang aku jatuh ayah lah yang membantuku untuk bangun semula, andai kata abang dan kakakku tertawa geli hati melihat telatahku , mak lah yang sentiasa menghiburkan hatiku, pendek kata masa itu semuanya serba indah dan bahagia, walaupun aku telah cukup besar untuk bergerak, berjalan dan berlari sendiri namun bahuku belum mampu memikul beban dan tanggungjawab sebaliknya masih memerlukan belaian dan tunjuk ajar daripada kedua orang tuaku..
Bagiku inilah detik-detik indah yang sukar untu
k ku gambarkan. Tetapi apa yang pasti walaupun hidup dalam keadaan sederhana namun aku cukup puas kerana segala keinginanku sentiasa cuba dipenuhi oleh kedua orang tuaku..namun andai tidak tertunai aku tidak pernah menyesal dilahirkan dalam suasana begitu, tetapi bagiku gelak ketawa kedua orang tua, abang, akak dan adikku merupakan suatu kegembiraan dan kebahgiaan yang tidak ternilai dan sukar untuk di cari ganti..

" semoga kebahagiaan ini akan kekal untuk selamanya"

zaman kanak-kanak


Gjul ?...itu adalah nama panggilan saya sejak dari kecil lagi. saya dilahirkan pada 7 januari 1985 di daerah Tawau, Sabah. Saya dibesarkan oleh mak dan ayah di kampung dan hidup membesar dalam suasana kampung.
saya mempunyai keluarga yang agak besar, tapi kalau tidak termasuk pak cik, mak cik, atuk, neneak dan sanak saudara..tak lah ramai mana, cuma setakat 12 orang sahaja dan saya merupakan anak ke-10 dan ke-2 bongsu sebelum adik perempuan saya yang sedang melanjutkan pelajaran di UMS sekarang ini. saya mempunyai 3 orang abang dan 6 orang kakak serta seorang adik perempuan. hampir kesemua dari mereka telah pun bekerjaya dan mendirikan rumah tangga dengan pasangan masing-masing, namun terdapat 4 lagi yang masih " single & avalable" termasuklah saya yang berkaca mata hitam di sebelah tue..